Membumikan Tadabbur



بسم الله الرحمن الرحيم

Sumber:  Google

Bismillahirrahmanirrahim.

InshaAllah pada entri kali ini, Ainul nak berkongsi sedikit pembacaan Ainul dari buku "Membumikan Tadabbur".

Didalam buku ini terdapat beberapa isi kandungan yang menarik berkaitan dengan Tadabbur Al-Quran.

Antara yang ingin Ainul kongsikan disini ialah tentang Empat Tujuan Utama Penurunan Al-Quran


Tujuan Utama diturunkan Al-Quran ialah :

1) Hidayah Kepada Allah SWT.

-Ia merupakan kitab hidayah (petunjuk) yang merangkumi setiap aspek kehidupan kepada seluruh umat meliputi setiap lapisan masyarakat dan individunya.

-Al-Quran ini diibaratkan umpama roh yang menghidupkan diri maka begitulah ia dapat menghidupkan hati manusia dengan dicampakkan hidayah dan cahanya ke dalam sanubari.

2) Mewujudkan Keperibadian Yang Lengkap dan Seimbang.

-Apabila Sayyidatina A'isyah ditanya, bagaimana akhlak Rasulullah SAW, mak disebutkan " Akhlaknya ialah al-Quran.

-Peribadi yang lengkap dan seimbang termasuk dalam soal aqidahnya, ibadahnya, akhlaknya keseluruhan kehidupannya.

-Peribadi ini akan terbentuk jika jiwa penerimanya subur dgn didikan al-Quran dan menyampaikan apa yang difahami dari kandugan al-Quran kepada mereka yang lainnya.

3) Membina Masyarakat Islam Yang Berpegang Teguh Pada al-Quran

-Sesebuah masyarakat apabila mereka mengenggam erat kandungan al-Quran ini, maka akan diturunkan kepada mereka tiga perkara yang menjadi kayu ukur kejayaan sesbuah masyarakat Islam :
  • Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmat-Nya (yang khas iaitu Syurga)
  • Allah akan memasukkan mereka ke dalam limpah kurnia-Nya (yang tidak terkira)
  • Allah akan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus (jalan agama Islam), yg membawa kepada-Nya.
(Dipetik dari mafhum ayat 175, Surah an-Nisa')

4) Memimpin Umat Islam Dalam Peperangannya Bersama Musuhnya.

-Disebutkan dalam ayat 8-9, Surah as-Saff, bahawa biarpun musuh-musuh Islam berusaha utk memadamkan cahaya Allah SWT, maka ia tidak akan sesekali terpadam kerana Allah SWT menjaga agama ini.

Moga-moga objektif penurunan al-Quran kepada manusia akan dapat dirasai dan dihayati apabila tujuan-tujuanini diberi perhatian.


-Petikan Dari Buku Membumikan Tadabbur (Al-Quran Sebagai Lembaga Hidup Orang Mukmin)- M/S 64-70-
Empat Tujuan Utama Penurunan Al-Quran oleh Muhammad Uzair bin Izham


Comments

Popular posts from this blog

New Blog :)